Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan
al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat
ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuh an Islam dan
kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk
menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap
isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses
penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti
rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat
ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang lain demi menyemarakkan
usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan
Rejim Zionis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.
“Dan
Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab
kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran
139).
Seruan
daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu
sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi
kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan.
Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan.
Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan
sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi
Berkuasa.
Keadaan
di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi
satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin
berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh
melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….
Seruan
Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:
1-
Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan
ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih
belum mengetahui hakikat qunut.
2-
Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan
salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda
kepada pertubuhan-pertubuh an kebajikan tempatan yang terlibat
menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.
3-
Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang
secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun
kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan
ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.
4-
Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah
misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan
kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)
5-
Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat
Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang
semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah
yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.
6-
Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan
penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner,
penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web,
sms, Ym dan lain-lain lagi.
7-
Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula
menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap
ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin
yang ditindas.
8-
Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma
dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.
9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-
a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.
b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.
c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.
d.
Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan
antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara
beramai-ramai ini.