|
Subahanallah, inilah kualiti untuk beada disisi ALLAH dan RASULNYA, kita? apa yang telah kita perbuat untuk islam? AYUH! TINGKATKAN IBADAH KITA, JIHAD DAN DAKWAH KITA TERUS KITA PACU HINGGA TIADA APA LAGI UNTUK KITA BERI PADA ALLAH, MASA, JIWA, NYAWA , HARTA KITA serahkan seluruhnya kepada ALLAH! Jumaat ,16/01/2009 - Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel petang semalam (15/1). Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut. Setengah Abad Berjuang dan Berkorban 50
tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi
pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib
rakyat Palestin. Syaikh
Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat
kota Gaza. Silsilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat
Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma
matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian
melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan
Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000). Seorang Guru yang Soleh As-Syahid
pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan
sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian
beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya
dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di
masjid Yarmuk Kota Gaza. BeliaU juga berperanan menjadi penasihat dan
khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza. Syaikh
Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh
As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai
kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan
“Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam
orang putera. Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid Sepanjang
hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya
sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di
perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan
luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas
di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat
Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research
Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan
Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat
jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil. sumber : COMES
|
| Leave a Comment: |